Pembahagian Kalam – اقسام الكلام

واَقْسَامُهُ ثَلَاثَةٌ إِسْمٌ وَفِعْلٌ وَحَرْفٌ جَآءَ لِمَعْنًى

Dan kalam terbahagi ia kepada tiga, iaitu : isim, fi’il dan huruf yang memiliki makna.

1. Isim, iaitu :

كَلِمَةٌ دَلَّتْ عَلَى مَعَنىً فِى نَفْسِهَا وَلَمْ تَقتَرَن بِزَمَانٍ وَضْعًا

Kalimah (kata) yang menunjukkan makna mandiri dan tidak disertai dengan pengertian zaman. (Dengan kata lain, isim kata benda atau kata nama).

Contoh : زيدٌ = Zaid (nama orang), كتابٌ = kitab atau buku, اناَ = saya atau aku, نَحْنُ = kita atau kami dan seterusnya.

2. Fi’il, ialah :

كَلِمَةٌ دَلَّتْ عَلَى مَعْنًى فِى نَفْسِهَا وَاقْتُرِنَتْ بِزَمَانٍ وَضْعًا

Kalimah (kata) yang menunjukkan makna mandiri dan disertai dengan pengertian zaman. (Dengan kata lain, fi’il ialah kata kerja).

Contoh : كَتَبَ = telah menulis; يَكْتُبُ = dia akan atau sedang menulis; أُكْتُبْ = tulislah! يَأْكُلُ = dia akan atau sedang makan; أَكَلَ = sudah makan; dan sebagainya.

Masa itu terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu :

  1. Masa yang telah lalu (waqtu madhi)
  2. Masa sekarang atau yang sedang berlaku (waqtu hal)
  3. Masa yang akan datang atau yang akan berlaku(waqtu mustaqbal).

3. Huruf, ialah :

كَلِمَةٌ دَلَّتْ عَلَى مَعْنًى فِى غَيْرِهَا

Kalimah (kata) yang menunjukkan kepada makna apabila di gabungkan dengan kalimah yang selainnya.

Maksudnya: kalimah (kata) yang dapat menunjukkan makna apabila dirangkaikan dengan kalimah yang lainnya, tidak dapat berdiri sendiri, dengan kata lain harf adalah kata depan atau kata sendi

Contoh: مِنْ = dari; اِلَى = ke; كَيْفَ = bagaimana? لَا = tidak; dan seterusnya.

Semua itu mempunyai makna yang pasti bila dirangkaikan dengan kalimah lainnya, seperti dalam contoh :

  • سِرْتُ مِنَ الرِّبَاطِ اِلَى الْمَسْجِدِ = saya telah pergi dari pondok ke masjid.
  • هَلْ صَلَّيْتَ = apakah engkau sudah salat?
  • اَيْنَ بَيْتُكَ = di mana rumahmu?

Dan sebagainya.

Kata nazhim (penyair) :

لِاسْمٍ وَفِعْلٌ ثُمَّ حَرْفٍ تَنْقِسْمُ * وَهَـذِهِ ثَلَاثُهَا الْكَـلِمُ

Kalimah itu terbahagi kepada isim, fi’il dan huruf; dan ketiga-tiga ini disebut kalam.

p/s : artikel ini telah di olah mengikut kesesuaian pembaca yang berbahasa malaysia dan artikel asal boleh didapati dari : http://pustaka.abatasa.co.id/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: