Sepuluh Mabadi Ilmu Nahwu

يَنْبَغِى لِكُـلِّ شَارِعٍ  فِى فَنٍّ مِنَ الفُنُونِ أَنْ يَتَصَوَّرَهُ وَيُعَرِّفَهُ قَبْلَ الشُّرُوْعِ فِيْهِ لِيَكُونَ عَلَى بَصِيْرَةٍ فِيْهِ وَيَحْصُلُ التَّصَوُّرُ بِمَعْرِفَةِ المَبَادِى العَشَرَةِ المَنْظُومَةِ فىِ قَولِ بَعْضِهِمْ

Seyugialah yang mengandung pahala sunnah bagi setiap orang yang hendak mempelajari suatu ilmu, terlebih dahulu harus mengetahui huraian-huraian ilmu yang akan di pelajari, dengan harapan agar dapat mewaspadai ilmu yang akan di pelajari, dan huraian-huraian ilmu itu adalah dengan cara megenali 10 macam kerangka ilmu, sebagaimana penjelasan sya’ir yang di abadikan sebahagian Ulama :

الحَـدُّ وَالمَوْضُوعُ ثُمَّ الثَّـمْرَةُ

إِنَّ مَبَادِى كُـلَّ فَنٍّ عَشْـرَةُ

الإِسْمُ الإِسْتِمْدَادُ حُكْمُ الشَّارِعُ

وَفَضْـلُهُ وَنِسْـبَةٌ وَالوَاضِـعُ

وَمَنْ دَرَى الجَمِيْعَ حَازَ الشَّرَفاَ

مَسَائِلٌ وَالبَعْضُ بِالبَعْضِ اكْتَفَى

Sesungguhnya mabadi(dasar) setiap ilmu itu sepuluh :

  1. Hadnya (ta’rifannya)

  2. Maudhu’nya ( tajuk perbahasannya)

  3. Kemudian Tsamrahnya (buah atau faedahnya)

  4. Fadhilatnya (iaitu keutamaannya)

  5. Nisbahnya (perbandingannya)

  6. Pelopor atau penciptanya (yakni orang yang mula menyusun atau mengasaskan ilmu tersebut)

  7. Namanya (nama ilmu tersebut)

  8. Sumbernya (tempat ambilan ilmu tersebut)

  9. Hukum syaraknya (hukum mempelajari ilmu tersebut)

  10. Dan masalah-masalahnya

Cukup dihuraikan sebahagian, namun siapa menghuraikan kesemuanya akan mendapat kemuliaan.

  وَالآنَنُشَارِعُ فىِ فَنٍّ النَّحْوِ فَنَقُوْلُ

Dan sekarang kita hendak mempelajari ilmu Nahwu maka kami katakan :

1. Had ya’ni Ta’rifannya

  حَدُّهُ عِلْمٌ بِقَوَاعِدٍ يُعْرَفُ بِهَا اَحكَامُ الكَلِمَاتِ العَرَبِيَّةِ حَالَ تَرْكِيْبِهَا مِنَ الاِعْرَابِ وَالبِنَاءِ وَمَا يَتْبَعُهَا

Hadnya ya’ni ta’rifannya ialah suatu ilmu berserta kaedah-kaedah untuk mengetahui hukum-hukum kalimat bahasa arab ketika kalimat itu tersusun, apakah hukum i’rab (berubah) atau mabni (tetap) dan lain sebagainya.

2. Maudhu’ ya’ni Tajuk Perbahasannya

وَمَوْضُوْعُهُ الكَلِمَاتُ العَرَبِيَّةِ مِنْ حَيْثُ البَحْثِ عَنْ أَحْوَالِهَا

Penempatan ilmu Nahwu adalah pembahasan kalimat-kalimat bahasa arab.

3. Tsamrah ya’ni Faedahnya

وَثَمْرَتُهُ التَّحِرُزُ عَنِ الخَطَاء وَالاِسْتِعَانَةُ عَلَى فَهْمِ كَلاَمِ اللهِ وَكَلاَمِ رَسُوْلِ اللهِ

Buah mempelajari ilmu Nahwu adalah menjaga kesalahan membaca serta membantu memahami Firman Allah dan Hadits Rasulullah Saw.

4. Fadhilah ya’ni Keutamaannya

وَشَرْفُهُ بِشَرْفِهِ

Keutamaan ilmu Nahwu adalah karena mulia manfaat dan buahnya.

5. Nisbah ya’ni Perbandingan dengan lain-lain ilmu

وَنِسْبَتُهُ لِبَا قِي العُلُوْمِ التَّبَاينُ

Nisbat(perbandingan) ilmu nahwu dengan ilmu yang lain adalah nisbat tabayyun (masing-masing punya kejelasan).

6. Wadhi’ ya’ni Pencipta atau pelopornya

وَوَاضِعُهُ أَبُوْ الاَسْوَدَ الدَّؤُلِى يُأمَرُ مِنَ الاِمَامِ عَلِى كَرَمَهُ اللهُ وَجْهَهُ

Penciptailmu Nahwu adalah Abul Aswad Addauly atas intruksi Imam Ali karamallahu wajhah.

7. Ism ya’ni Nama ilmu ini

وَاسْمُهُ عِلْمُ النَحْوِ وَعِلْمُ العَرَبِيَّةِ

Nama ilmu ini adalah Nahwu, ilmu tata bahasa arab.

8. Istimdaad ya’ni Sumber ambilan dan rujukan

وَاسْتِمْدَادُهُ مِنْ كَلاَمِ العَرَبِ

Sumber ilmu Nahwu adalah kata atau kalimat yang berbahasa Arab.

9. Hukum ya’ni ketetapan hukum mempelajari ilmu ini

وَحُكْمُ الشَّارِعُ فِيْهِ وُجُوْبُهُ الكَفَائِى عَلَى أَهْلِ كُلِّ نَاحِيَةٍ وَالعَيْنِى عَلَى قَارِئِ التَّفْسِيْرِ وَالحَدِيْثِ

Hukum mempelajari ilmu nahwu adalah wajib kifayah atas penduduk setiap kampung dan fardu a’in atas setiap pembaca Tafsir dan hadits seperti para santri, ustadz dan para kiyai.

10. Masalah-masalah yang diperbahasankan didalam ilmu ini

وَمَسَائِلُهُ قَوَاعِدُهُ كَقَوْلِكَ الفَاعِلُ مَرْفُوْعٌ وَالمَفْعُوْل بِهِ مَنْصُوْبٌ

Masalah-masalah dalam ilmu Nahwu adalah kaidah-kaidah atau rumus-rumus seperti Fa’ilitu hukumnya dirafa’kan, Maf’ul bih itu hukumnya dinasabkan, dan lain sebagainya.

Leave a comment