Bab Kata Kerja – باب الأفعال

الأفعالُ ثلاثةٌ :ماضٍ ، وَمُضَارِعٌ، وأمرٌ، نَحْوُ ضَرَبَ وَيَضْرِبُ وَاضْرِبْ

Fi’il -fi’il itu ada tiga jenis iaitu :

  1. فعل الماضى : fi’il madhi ( perbuatan yang telah berlaku )

  2. فعل المضارع : fi’il mudhari’ ( perbuatan yang sedang berlaku dan akan berlaku )

  3. فعل أمر : fi’il amar ( kata suruhan )

Contoh: ضَرَبَ يَضْرِبُ اِضْرِبْ

Maksudnya : Secara umumnya Fi’il atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai kata kerja terbahagi kepada tiga tetapi sebahagian ahli bahasa membahagikannya kepada empat iaitu, fi’il madhi, fi’il mudhari’, fi’il amar dan fi’il nahyi (kata larangan).

فعل نهي

فعل أم

فعل المضارع

فعل الماضى

معنى

لا تضرب

اِضْرِبْ

يضرِبُ

ضَرَبَ

memukul

لا تنصر

اُنْصُرْ

بَنْصُرُ

نَصَرَ

menolong

Fi’il Madhi

مَا دَلَّ عَلَى حَدَثٍ مَضَى وَانْقَضَى وَعَلَامَتُهُ اَنْ تَقْبَلَ تَاءَ التَّأْنِيْثِ السَّاكِنَةِ

Lafazh yang menunjukkan kejadian (perbuatan) yang telah berlalu dan selesai dan alamatnya ialah, sering dimasuki ta tanits yang disukunkan(ditanda mati).

Contohnya seperti:

اِسْتَخْرَجَ اِسْتَخْرَجَتْ، عَلِمَ عَلِمَتْ، نَصَرَ نَصَرَتْ، فَعَلَ فَعَلَتْ

Fi’il Mudhari’

مَا دَلَّ عَلَى حَدَثٍ يَقْبَلُ الْحَالَ وَالْاِسْتِقْبَالَ وَعَلَامَتُهُ اَنْ يَقْبَلَ السِّيْنَ وَسَوْفَ وَلَمْ وَلَنْ

Lafazh yang menunjukkan kejadian (perbuatan) yang sedang berlangsung dan yang akan datang, dan alamatnya ialah, sering dimasuki sin, saufa, lam dan lan.
Contoh :

  • تَعْلَمُ (mengetahui) menjadi : سَوْفَ تَعْلَمُ (kelak kalian akan mengetahui)
  • يَقُوْلُ menjadi سَيَقُوْلُ
  • يَعْلَمُ menjadi سَيَعْلَمُ
  • يَلِدُ menjadi لَمْ يَلِدْ
  • بْرَحُ menjadi لَنْ يَبْرَحَ dan sebagainya.

Catatan : Fi’il Mudhari’ yang sedang berlangsung atau sedang berlaku dikenali sebagai Waktu Hal manakala Fi’il Mudhari’ yang akan berlaku dikenali sebagai Waktu Mutaqbal

Fi’il Amar

مَا دَلَّ عَلَى حَدَثٍ فِى الْمُسْتَقْبَلِ وَعَلَامَتُهُ اَنْ يَقْبَلَ يَاءَ الَمُؤَنَّثَةِ الْمُخَاطَبَةِ وَيَدُلُّ عَلَى الطَّلَبِ نَحْوُ اِضْرِبْ فَصَارَ اِضْرِبِى اُنْصُرْ فَصَارَ اُنْصُِرىْ

Lafazh yang menunjukkan kejadian (perbuatan) pada masa yang akan datang. Alamatnya ialah, sering diberi ya muan nats mukhathabah dan menunjukkan makna thalab (tuntutan), seperti: اِضْرِبْ menjadi: اِضْرِبِيْ ;

اُنْظُرْ menjadi: اُنْظُرِي dan sebagainya.

Kata nazhim:

اَفْعَالُهُمْ ثَلَاثَةٌ فِى الْوَاقِعِ * مَاضٍ وَفِعْلُ الْاَمْرِ وَالْمُضَارِعِ

Menurut mereka (ahli Nahwu) fi’il mempunyai tiga fungsi yaitu: fi’il madhi, fi’il amar dan fi’il mudhari’.

عَلِمَ ، حَسُنَ

فعل ماضي

١

صغة فعل

يعلمُ ، يَحْسُنُ

فعل مضارع

٢

اِعْلَمْ ، اُحْسُنْ

فعل امر

٣

Leave a comment