Pembahagian I’raab – اقسام الإعراب

وَاَقْسَامُهُ اَرْبَعَـةٌ رَفْعٌ وَنَصْبٌ وَخَفْضٌ وَجَزْمٌ

I’rab terbahagi menjadi empat macam, iaitu I’rab rafa’, I’rab nashab, I’rab khafadh dan I’rab jazm.

Diantara contoh dari i’rab-i’rab tersebut ialah sebagai berikut:

  1. I’rab rafa’, seperti: زَيْدٌ قَائِمٌ = Zaid berdiri
  2. I’rab nashab, seperti: رَأَيْتُ زَيْدًا = aku telah melihat Zaid
  3. I’rab khafadh, seperti: مَرَرْتُ بِزَيْدٍ = aku telah bersua dengan Zaid
  4. I’rab jazm, seperti: لَمْ يَضرِبْ = dia tidak pernah memukul

Maksudnya : I’rab atau perubahan akhir kata terbahagi kepada empat jenis iaitu rafa’ nasab’ khafad dan jazm. Perubahan akhir kata ini terjadi adalah disebabkan kedudukan serta fungsi sesuatu isim, fi’il dan harf didalam suatu frasa yang menyebabkan terjadinya perubahan tersebut baik sebagai mubtada’,  khabar, fa’il, maf’ul dan sebagainya.

Isim atau kata nama atau kata benda yang menerima i’rab atau perubahan dinamakan sebagai isim mu’rab (اسم معرب) sedangkan isim yang tidak menerima i’rab dinamakan isim mabni ( اسم مبني) iaitu isim yang tidak menerima perubahan akhir kata.

1. الرفع – Al-Raf’u : Isim yang menerima i’rab rafa’ dinamakan sebagai isim marfu’(اسم مرفوع), dan tanda asal bagi isim yang marfu’ yakni isim yang akhir katanya menerima i’rab rafa’ ini adalah dhammah (_ُ_) atau dhammatain (_ٌ_), contohnya :

  • زيدٌ قائمٌ = zaid berdiri
  • ٌبيت = sebuah rumah
  • ُالبيت = rumah itu
  • ٌمسجد = sebuah masjid

Secara ringkasnya contoh yang pertama “زَيْدٌ” itu marfu’ kerana ia adalah mubtada dan “قَائِمٌ” juga marfu’ kerana menjadi khabar bagi zaid, oleh itu secara umumnya isim-isim marfu’ ditandai dengan dengan dhammah atau dhammatain.

2. النصب – Al-Nashbu : Isim yang menerima i’rab nashab dinamakan sebagai isim manshub (اسم منصوب), dan tanda asal bagi isim manshub adalah fathah ( ) atau fathatain ( ), contohnya :

  • رَأَيْتُ زَيْدًا = aku telah melihat Zaid
  • لَنْ أَضْرِبَ عَمْرًا = aku tidak akan memukul

Secara ringkasnya dari contoh pertama seperti diatas, زيدًا itu mansub kerana ia menjadi maf’ul bih kepada رأيتُ iaitu fi’il mudhari’ yang berfungsi sebagai amil yang menashabkan kata nama زيدًا, dan secara umumnya isim-isim yang manshud ditandai dengan fathah atau fathatain.

3. الخفضُ – Al-Khafdhu : Kalimah Isim yang menerima i’rab khafadh dinamakan isim makhfudh dan ianya hanya mengenai pada kalimah isim tetapi tidak pada kalimah fi’il, ia juga dikenali sebagai isim majrur(اسم مجرور), dan tanda asal bagi isim majrur/makhfudh adalah kasrah atau kasratain, contohnya :

  • مَرَرْتُ بِزَيْدٍ = aku telah bersua dengan Zaid
  • ِفِي الْبَيْت = di rumah itu.

Ringkasnya kata زَيْدٍ itu majrur kerana dimasuki atau didahului oleh harf jar “بِ” dan ianya ditandai dengan kasratain kerana ia isim mufrad. Dan pada contoh yang kedua kata الْبَيْت majrur kerana didahuli oleh harf jar فِي dan ditandai dengan kasrah.

4. الجزم – Al-Jazmu : Kalimah yang menerima i’rab jazm dinamakan sebagai majzum(مجزوم) dan ianya hanya mengenai pada kalimah fi’il tetapi tidak pada kalimah isim, dan tanda asal bagi kalimah fi’il yang majzum adalah sukun(_ْ_), contohnya :

  • لَمْ يَضرِبْ = dia tidak pernah memukul
  • لَمْ أضرِبْ عمرًا = aku belum pernah memukul ‘amru

Kalimah يَضرِبْ pada contoh pertama adalah fi’il madhi yang asalnya adalah يَضرِبُ dan kemudian dijazmkan atau menjadi majzum kerana dimasuki atau didahului oleh harf jazm لَمْ , dan لَمْ juga adalah harf nafi dan pada contoh yang kedua لَمْ menjazmkan أضرِبْ iaitu kalimah fi’il mudhari’ dan mengubah maknanya menjadi madhi (belum terjadi), dan secara umumnya kalimah fi’il tersebut ditandai dengan sukun(tanda mati).

Kata nazhim:

اَقْسَامُهُ اَرْبَعَةٌ فَلْتُعْتَبَرْ * رَفْعٌ وَنَصْبٌ وَكَذَا جَزْمٌ وَجَرٌّ

I’rab terbagi menjadi empat macam, maka hendaklah diungkapkan yaitu, rafa’ dan nashab, dan demikian pula jazm dan jar.

Ringkasan pembahagian I’rab

  1. Rafa’ : زَيْدٌ قَائِمٌ = Zaid berdiri (tanda asal irab rafa’ ialah dhammah)
  2. Nashab : رَأَيْتُ زَيْدًا = aku telah melihat Zaid (tanda asal ‘irab nashab ialah fathah)
  3. Khafad : مَرَرْتُ بِزَيْدٍ = aku telah bersua dengan Zaid (tanda asal ‘irab khafad ialah kasrah)
  4. Jazm : لَمْ يَرِبْ = dia tidak memukul (tanda asal ‘irab jazm ialah sukun)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: