Bab Al-I’raab – بَابُ الْإِعْرَابِ

اَلاِعْرَابُ هُوَ تَغْيِيْرُ اَوَاخِرِ الْكَلِمِ لِاخْتِلَافِ الْعَوَامِلِ الدَّاخِلَةِ عَلَيْهَـا لَفْظًا اَوْتَقْدِيْرًا

“I’rab ialah perubahan akhir kalimah karena perbezaan amil-amil yang masuk kepadanya, baik secara lafazh ( لفظيّ ) ataupun secara perkiraan ( تقديريّ ).”

Maksudnya : I’rab ialah perubahan syakal (baris) akhir tiap-tiap  kalimah kerana perbezaan amil yang memasukinya, baik perubahan itu tampak jelas lafazhnya atau hanya secara diperkirakan saja keberadaannya, inilah yang telah diertikan oleh para ulama Kufah mengenai i’raab.

Contoh perubahan secara lafazh:

  1. جاءَ زَيْدٌ = zaid telah datang
  2. رَأَيْتُ زَيْدًا = aku telah melihat Zaid
  3. مَرَرْتُ بِزَيْدٍ = aku telah bersua dengan Zaid
  4. يَضْرِبُ = Dia memukul
  5. لَنْ يَضْرِبَ = dia tidak akan dapat memukul
  6. لَمْ يَضْرِبْ = dia tidak memukul.

Contoh perubahan secara diperkirakan keberadaannya:

  1. يَخْشَى = Dia merasa takut
  2. لنْ يَخْشَى = dia tidak akan merasa takut
  3. لَمْ يخْشَ = dia tidak merasa takut
  4. جَاءَ الْفَتَى = telah datang seorang pemuda
  5. وَرَأَيْتُ الْفَتَى = aku telah melihat seorang pemuda.

Lafazh لَم، لَنْ، رأيتُ، جَاءَ adalah amil-amil ( عوامل ) yang akan mempengaruhi perubahan diakhir kalimah. Perubahan yang dimaksudkan ialah daripada dhammah kepada fathah, kemudian kepada kasrah kemudian kepada sukun (tanda mati) seterusnya dengan menghazafkan (membuang) huruf sebagai tanda i’raab suatu kalimah tersebut.

Oleh itu amil-amil yang menyebabkan berlakunya perubahan baris akhir suatu kalimah atau kata jamaknya ialah awamil terbahagi kepada empat iaitu :

  1. amil rafa’ : kalimah yang dimasukinya akan ditandai oleh salah satu tanda rafa’ iaitu dhammah seperti : جاءَ زَيْدٌ
  2. amil nasab : kalimah yang dimasukinya akan ditandai oleh salah satu tanda nasab iaitu fathah seperti : رَأَيْتُ زَيْدًا
  3. amil khafad : kalimah yang dimasukinya akan ditandai oleh salah satu tanda khafad iaitu kasrah seperti : مَرَرْتُ بِزَيْدٍ
  4. amil jazam : kalimah yang dimasukinya akan ditandai oleh salah satu tanda jazam iaitu sukun seperti : لَمْ يَضْرِبْ

Kata nazhim:

اِعْرَابُهُمْ تَغْـيِيْرُ آخِرِ الْكَلِمْ * تَقْدِيْرًا اَولَفْظًا لِعَمِلٍ عُلِمْ

I’rab menurut mereka (ahli Nahwu) ialah perubahan akhir kalimah, baik secara perkiraan maupun secara lafazh karena ada amil masuk yang dapat diketahui keberadaannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: